AMANATRIAU.COM PENYENGAT, KEPRI – Pasukan Gasing Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Melaka dari Kampung Pengkalan Renggam, berjaya membawa pulang tempat ketiga dalam Pertandingan Gasing International Pulau Penyengat 2026 yang berlangsung pada 18 hingga 21 Jun 2026 di Pulau Penyengat, Kepulauan Riau.
Pencapaian ini di Helat Penyengat Heritage 2026 yang diraih DMDI Melaka dari Kampung Pengkalan Renggam, setelah empat hari persaingan sengit bersama peserta dari pelbagai negara yang turut serta memeriahkan pentas antarabangsa tersebut.
Pada Festival Gasing Internasional di Pulau Penyengat, yang berhasil memperoleh kemenangan juara satu diraih oleh Team Pesona dari Tanjung Batu Kundur. Juara kedua diraih oleh Team Pink Fanter dari Tanjujgb Batu Kundur, posisi ke tiga dimenangkan oleh Team DMDI Malaka Malaysia. Sedangkan ke empat di raih oleh Team Kopi Pahit dari Tanjung Pinang.
Sedangkan kecekapan, teknik lontaran, dan ketahanan gasing pasukan Melaka, mendapat perhatian juri dan penonton sepanjang kejuaraan berlangsung.
Kemenangan ini disambut sebagai bukti semangat juang dan komitmen pasukannya, dalam memartabatkan olahraga tradisional gasing di luar negara. Bagi panitia, kehadiran pasukan luar seperti DMDI Melaka turut mengukuhkan peranan Pulau Penyengat sebagai pusat pemeliharaan warisan Melayu di rantau ini.
“Semoga kejayaan ini menjadi penyemangat untuk terus mengharumkan nama Melaka dan Malaysia, serta memelihara warisan budaya untuk generasi akan datang,” ujar Zulkahar Tajol bin Hj Ismail, Tim Gasing Kampung Pengkalan Renggam Kandang Melaka, Ahad (21/6/2026).
Ia yang juga Ketua Kampung Pengkalan Renggam Kandang Melaka didampingi Suhaimi bin Abdol Samad pengurus Gasing Kampung Pengkalan Renggam Kandang Melaka, timnya susah tampil maksimal dan mampu meraih juara tiga.
“Alhamdulillah tim kami mampu bertahan melawan lawan yang tangguh dari Indonesia, dan kami akan terus menyemangati tim kami untuk terus berlatih,” ucapnya.
Ia menyebutkan, kejayaan ini mencerminkan semangat juang, komitmen dan kesungguhan pasukan dalam memartabatkan sukan tradisional gasing di pentas antarabangsa.
“Semoga kejayaan ini menjadi penyemangat untuk terus mengharumkan nama Melaka dan Malaysia serta memelihara warisan budaya untuk generasi akan datang,” harapnya.
Penyengat Heritage 2026, sendiri menampilkan pelbagai aktiviti kebudayaan, termasuk pertunjukan seni tradisional dan pameran sejarah, menjadikan pertandingan gasing sebagai salah satu tarikan utama program.()
